Selamat datang ke Blog Cendol Ameen. Kami Menyediakan tempahan cendol untuk pelbagai majlis dari majlis perkahwinan, harijadi, berbuka puasa, rumah terbuka, majlis korporat & perasmian, rumah terbuka perayaan, hari keluarga & hari terbuka organisasi, kursus, seminar & mesyuarat dan macam-macam lagi.


Dengan pengalaman yang sedia ada, kami sangat mahir dalam menyediakan cendol yang diperbuat dari daun pandan segar, beraroma enak dan sesuai untuk di saji atau di hidang bersama menu kegemaran anda. Dengan gabungan "secret recipe". Cendol pandan kami sememangnya asli kerana tanpa pengawet.
Santan yang digunakan adalah santan segar dan pekat... Pastinya mengekalkan kualiti dan terjamin enak serta telah di akui ramai pelanggan jauh dan dekat :)


Dari mulut ke mulut, cendol kami telah mendapat perhatian di majlis-majlis besar dan telah menerima banyak tempahan ulangan. Kepuasan pelanggan adalah matlamat kami. Dengan harga yang berpatutan, anda tidak akan rugi apabila menempah dengan kami.







Bagi sesiapa yang teringin merasa Cendol Ameen, kini kami mengambil tempahan Cendol Secara Online. Alangkah Enaknya jika di hidangkan cendol sebagai pembuka selera. Tempahan cendol terdiri dari beberapa pakej yang anda mampu iaitu:

Pakej A (300pax) RM450
Pakej B (500pax) RM700
Pakej C (700pax) RM900
Pakej D (1000pax) RM1200


TEMPAHAN MELEBIHI 30 KM AKAN DIKENAKAN CAJ PENGHANTARAN

PEMBERITAHUAN

Minima tempahan sekurang-kurangnya 300 pax.

(bawah 300 pax harga di caj 1 pax-->> RM1.50)

Tempahan haruslah dibuat sekurang-kurangnya SEMINGGU AWAL SEBELUM majlis berlangsung bagi mengelakkan sebarang pertindihan tempahan majlis yang lain.

Bayaran deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempahan.

Bayaran deposit "tidak akan dipulangkan" sekiranya pembatalan dibuat di saat-saat akhir dari pihak pelanggan.

Harga yang di nyatakan di atas adalah untuk cendol biasa. Untuk makluman cendol biasa kami terdiri dari cendol pandan asli yang cuma dicampur santan, gula melaka dan kacang merah. Sekiranya ada permintaan pulut atau tapai pulut, kami akan caj rm0.30per pax. Servis, mangkuk dan sudu kami yang sediakan. Pihak tuan rumah tak perlu fikir apa-apa dah!! Hanya perlu menyediakan tempat untuk mengendalikannya...

Tempahan dari anda amat kami alukan!! Dijamin kesegaran dan keenakkan. Pastinya kepuasan anda adalah keutamaan kami :)













Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang) merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dikisar dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang merah, sagu biji, cincau, halwa kundur, krim jagung serta pemanis seperti susu pekat manis, gula sirap dan gula merah. Ia menjadi pilihan utama bagi penggemar biarpun cuaca sejuk atau panas. Sangat sesuai di hidangkan di pelbagai majlis keramaian.

1 PAX RM2.00
MINIMA ORDER 100 PAX

Hanya perlu menyediakan tempat untuk mengendalikannya...

*Mangkuk dan sudu kami yang sediakan.

Pasti
nya sedap, sedap selamanya......
No posts.
No posts.